Isu Dan Permasalahan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
Terdapat
beberapa isu dan permasalahan yang dihadapi apabila mengajar di peringkat
pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya adalah:
a) Celik
Huruf
Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Datin Asariah binti Mior Shaharuddin menyatakan
bahawa KPM menetapkan supaya kanak-kanak yang bersekolah boleh mahir dalam
membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun empat sekolah rendah
sebelum penghujung 2012. Sukatan pelajaran prasekolah bertujuan untuk
mencelikhurufkan murid tetapi ada guru beranggapan bahawa semua murid yang
diterima masuk sudah celik huruf. Mereka mengeluh apabila anggapannya itu
meleset dan berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid
yang tidak berpeluang mengikuti prasekolah. Kenyataan bahawa semua kanak-kanak
normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun
empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan.
b)
Kesukaran
Menguasai Konsep Nombor
Selain itu
konsep nombor juga merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh
kanak-kanak prasekolah . Konsep ini
memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik
prasekolah tetapi terdapat segelintir guru tidak memahami perkembangan
kanak-kanak serta asas dalam perkembangan Matematik dengan mengajar kanak-kanak
symbol nombor 1,2,3 dan seterusnya tanpa megaitkan nombor ini dengan objek di
sekeliling. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat megaitkan nombor dengan
keadaan sebenar.
c)
Kurang
Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal
Di
Malaysia, perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku banyak menyusahkan
proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Tamabahan
pula, kurikulum standard prasekolah kenbangsaan amat menekankan pengajaran
sains awal kepada kanak-kanak prasekolah menyebabkan guru-guru prasekolah
kurang pengetahuan. Hal ini memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru
prasekolah dalam pengajaran sains awal. Seterusnya, terdapat juga guru yang
belum mempunyai pengalaman
pengalaman dalam mengajar mata pelajaran
sains. Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran sains awal
di prasekolah.