JellyPages.com

Wednesday 19 August 2015

ISU DAN PERMASALAHAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Isu Dan Permasalahan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Terdapat beberapa isu dan permasalahan yang dihadapi apabila mengajar di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya adalah:

a)    Celik Huruf
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datin Asariah binti Mior Shaharuddin menyatakan bahawa KPM menetapkan supaya kanak-kanak yang bersekolah boleh mahir dalam membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Sukatan pelajaran prasekolah bertujuan untuk mencelikhurufkan murid tetapi ada guru beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk sudah celik huruf. Mereka mengeluh apabila anggapannya itu meleset dan berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti prasekolah. Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan.


b)    Kesukaran Menguasai Konsep Nombor
Selain itu konsep nombor juga merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah      . Konsep ini memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah tetapi terdapat segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak serta asas dalam perkembangan Matematik dengan mengajar kanak-kanak symbol nombor 1,2,3 dan seterusnya tanpa megaitkan nombor ini dengan objek di sekeliling. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat megaitkan nombor dengan keadaan sebenar.


c)    Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal
Di Malaysia, perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Tamabahan pula, kurikulum standard prasekolah kenbangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan. Hal ini memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru prasekolah dalam pengajaran sains awal. Seterusnya, terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman
 pengalaman dalam mengajar mata pelajaran sains. Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran sains awal di prasekolah.







No comments:

Post a Comment