Peranan dan Fungsi Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
Pendidikan
awal kanak-kanak memainkan peranan dan fungsinya yang penting sebagai asas
pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan
prasekolah bukan sebahagian dari sistem persekolahan di Malaysia.
Selain itu,
Kementerian Pelajaran untuk pendidikan prasekolah tidak menyediakan sebarang
peruntukan dan penglibatan Kementerian Pelajaran adalah setakat menyediakan
buku rujukan untuk kewujudan tadika-tadika.
Seterusnya,
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas serta memupuk sikap positif
sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
Tambahan pula,
Pendidikan Awal Kanak-Kanak membolehkan murid:
a)
Mempunyai
sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik.
b)
Menggunakan
Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi.
c)
Menggunakan
Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian seharian selaras dengan kedudukan
sebagai bahasa kedua.
d)
Mengamalkan
nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
e)
Mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Walau
bagaimanapun fungsi dan peranan pendidikan prasekolah tidak dapat dinafikan.
Antara fungsi pendidikan prasekolah adalah:
a) Pendidikan
prasekolah akan memperkayakan lagi pengalaman kanak-kanak dari kelas
sosio-ekonomi.
b)
Sistem
pendidikan awal kanak-kanak dapat menolak dan mengenali kelemahan-kelemahan kanak-kanak
sebelum memasuki darjah satu.
c)
Kewujudan
sistem pendidikan prasekolah juga dapat memperbaiki lagi persediaan
pembelajaran.
d)
Sistem
ini juga mencukupkan dan mengisikan persediaan pembelajaran yang tidak lengkap.
e)
Keseimbangan
emosi untuk menyemai sikap positif terhadap diri sendiri, kepercayaan terhadap
orang lain dalam hidup kumpulan serta menambahkan keyakinan kepada keupayaan
diri sendiri.
No comments:
Post a Comment