JellyPages.com

Monday 17 August 2015

KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh merupakan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah dan juga dikenali sebagai Prasekolah. Selain itu, pendidikan awal kanak-kanak juga merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik serta seimbang.

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berpandukan umur kanak-kanak:
1)    Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.
2)    Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Tempoh Perkembangan Awal Kanak-kanak NAEYC(The Natinonal Association for the Education of Young Children) menyatakan:
a)    Peringkat awal kanak-kanak menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak 0-8 tahun.
b)    Program awal kanak-kanak menyediakan perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak 0-8 tahun.
c)    Sekolah nursery ialah program kanak-kanak berumur 2-3 tahun.
d)    Program prasekolah diperuntukkan bagi kanak-kanak dari 3-4 tahun
e)    Kindergarden ialah persediaan ke sekolah rendah untuk kanak-kanak 4-6 tahun.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Pendidikan Prasekolah Di Malaysia dimaksudkan kepada pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak 4-6 tahun.
Kanak-kanak dari 0-8 tahun melalui dua tempoh transisi iaitu:
-transisi dari rumah ke kelas prasekolah
-transisi dari kelas prasekolah ke tahun satu



Sebenarnya, Tadika adalah akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) dan Jabatan Perpaduan menamakan program awal kanak-kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tadika secara ringkas.


Oleh itu, Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

No comments:

Post a Comment