JellyPages.com

Wednesday 19 August 2015

ISU DAN PERMASALAHAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Isu Dan Permasalahan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Terdapat beberapa isu dan permasalahan yang dihadapi apabila mengajar di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya adalah:

a)    Celik Huruf
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datin Asariah binti Mior Shaharuddin menyatakan bahawa KPM menetapkan supaya kanak-kanak yang bersekolah boleh mahir dalam membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Sukatan pelajaran prasekolah bertujuan untuk mencelikhurufkan murid tetapi ada guru beranggapan bahawa semua murid yang diterima masuk sudah celik huruf. Mereka mengeluh apabila anggapannya itu meleset dan berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa orang murid yang tidak berpeluang mengikuti prasekolah. Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan.


b)    Kesukaran Menguasai Konsep Nombor
Selain itu konsep nombor juga merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah      . Konsep ini memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah tetapi terdapat segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak serta asas dalam perkembangan Matematik dengan mengajar kanak-kanak symbol nombor 1,2,3 dan seterusnya tanpa megaitkan nombor ini dengan objek di sekeliling. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat megaitkan nombor dengan keadaan sebenar.


c)    Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal
Di Malaysia, perubahan kurikulum prasekolah yang sering berlaku banyak menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru di peringkat prasekolah. Tamabahan pula, kurikulum standard prasekolah kenbangsaan amat menekankan pengajaran sains awal kepada kanak-kanak prasekolah menyebabkan guru-guru prasekolah kurang pengetahuan. Hal ini memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan guru prasekolah dalam pengajaran sains awal. Seterusnya, terdapat juga guru yang belum mempunyai pengalaman
 pengalaman dalam mengajar mata pelajaran sains. Pengetahuan dan sikap yang positif penting dalam pengajaran sains awal di prasekolah.







Monday 17 August 2015

PERANAN DAN FUNGSI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Peranan dan Fungsi Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan dan fungsinya yang penting sebagai asas pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan prasekolah bukan sebahagian dari sistem persekolahan di Malaysia.

Selain itu, Kementerian Pelajaran untuk pendidikan prasekolah tidak menyediakan sebarang peruntukan dan penglibatan Kementerian Pelajaran adalah setakat menyediakan buku rujukan untuk kewujudan tadika-tadika.

Seterusnya, Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas serta memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.


Tambahan pula, Pendidikan Awal Kanak-Kanak membolehkan murid:
a)    Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
b)    Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
c)    Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian seharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua.
d)    Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
e)    Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.





Walau bagaimanapun fungsi dan peranan pendidikan prasekolah tidak dapat dinafikan. Antara fungsi pendidikan prasekolah adalah:
a)    Pendidikan prasekolah akan memperkayakan lagi pengalaman kanak-kanak dari kelas sosio-ekonomi.
b)    Sistem pendidikan awal kanak-kanak dapat menolak dan mengenali kelemahan-kelemahan kanak-kanak sebelum memasuki darjah satu.
c)    Kewujudan sistem pendidikan prasekolah juga dapat memperbaiki lagi persediaan pembelajaran.
d)    Sistem ini juga mencukupkan dan mengisikan persediaan pembelajaran yang tidak lengkap.

e)    Keseimbangan emosi untuk menyemai sikap positif terhadap diri sendiri, kepercayaan   terhadap orang lain dalam hidup kumpulan serta menambahkan keyakinan kepada keupayaan diri sendiri.

KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pendidikan Awal Kanak-Kanak boleh merupakan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah dan juga dikenali sebagai Prasekolah. Selain itu, pendidikan awal kanak-kanak juga merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik serta seimbang.

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berpandukan umur kanak-kanak:
1)    Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.
2)    Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Tempoh Perkembangan Awal Kanak-kanak NAEYC(The Natinonal Association for the Education of Young Children) menyatakan:
a)    Peringkat awal kanak-kanak menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak 0-8 tahun.
b)    Program awal kanak-kanak menyediakan perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak 0-8 tahun.
c)    Sekolah nursery ialah program kanak-kanak berumur 2-3 tahun.
d)    Program prasekolah diperuntukkan bagi kanak-kanak dari 3-4 tahun
e)    Kindergarden ialah persediaan ke sekolah rendah untuk kanak-kanak 4-6 tahun.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Pendidikan Prasekolah Di Malaysia dimaksudkan kepada pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak 4-6 tahun.
Kanak-kanak dari 0-8 tahun melalui dua tempoh transisi iaitu:
-transisi dari rumah ke kelas prasekolah
-transisi dari kelas prasekolah ke tahun satu



Sebenarnya, Tadika adalah akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) dan Jabatan Perpaduan menamakan program awal kanak-kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tadika secara ringkas.


Oleh itu, Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.